Our blog

Follow us on other social networks.

  • Home
  • News
  • PERBEZAAN SISTEM SUSPENSI & KEBAIKAN/KEKURANGANNYA

PERBEZAAN SISTEM SUSPENSI & KEBAIKAN/KEKURANGANNYA

Sistem suspensi memainkan peranan yang besar dalam sesebuah kenderaan kerana ia berfungsi supaya tayar kenderaan sentiasa mencengkam permukaan jalan raya, mengekalkan pengendalian yang baik sesebuah kenderaan, flexible dan kos efektif, dan paling utama sekali adalah memberi pemandu dan penumpang keselesaan ketika di dalam kereta.

 

SOLID AXLE SUSPENSION

Rajah di atas menunjukkan antara sebuah sitem suspensi yang paling mudah di mana solid beam di tengah menghubungkan kedua-dua tayar. Disebabkan solid beam menghubungkan kedua tayar, jika tayar antara satu belah melanggar lobang atau pun bonggol, ia akan menjejaskan tayar dari belah yang berlawanan.

Simple Axle Suspension menggunakan kos yang rendah untuk dibuat. Sistem suspensi ini selalunya dilengkapi pada kenderaan yang menggunakan leaf spring.

 

Kelebihan :

- Axle tengah (solid beam) lebih tahan dari sistem suspensi lain

- Kurang kos penjagaan untuk sistem ini

 

Kekurangan :

- Lebih banyak body -roll kerana sistem kedua belah di sambungkan

- Sistem ini sangat berat terutama pada solid beam

 

MACPHERSON STRUTS

Sistem MacPherson Strut memberi kebebasan pada tayar kedua-dua belah dan kedua tayar dapat bergerak secara bebas apabila menyerap hentakan. Jika jalan tidak rata pada sebelah tayar, tayar pada belah yang berlawanan tidak akan terangkat seperti yang dialami sistem Solid Axle Suspension.

Sistem ini menggunakan single wishbone yang dipasang pada chassis kenderaan dan damper & spring dihungkan pada hab atau pada bahagian atas body.

Pada rajah di atas, bulat merah disambungkan ke chassis dan bulatan hijau disambungkan ke frame ataupun  body kenderaan.

 

Kelebihan :

Sistem ini mudah untuk di reka

- Kos pembuatan & penjagaan tidak tinggi

- Tidak menggunakan ruang yang banyak untuk tie rod dan drive shaft

 

Kekurangan :

Camber  mudah untuk berubah apabila mengalami body-roll

- Radius steering lebih besar dan steering akan menjadi lebih keras

 

DOUBLE WISHBONE SUSPENSION

Sistem double wishbone digunapakai adalah untuk mengurangkan ketinggian pada sesebuah kereta. Sistem ini menggunakan dua wishbone ataupun arm pada atas dan bawah sistem tersebut. Ianya hampir sama kepada MacPherson tetapi mempunyai tambahan satu wishbone di atas.

Sistem ini selalunya dilengkapi pada kereta sport.

 

Kelebihan :

- Kurang body-roll berbanding sistem lain kerana ianya lebih keras

- Lebih banyak modifikasi pada camber dan caster boleh di buat

 

Kekurangan :

- Menggunakan banyak ruang berbanding sistem lain

- Reka bentuk lebih rumit dan menggunakan kos yang lebih untuk di buat

 

TORSION BEAM SUSPENSION 

Sistem ini pula menyerupai cara dan proses MacPherson dan juga kelihatan seperti Single Axle SuspensionTorsion Beam  menggunakan swing axle yang disambungkan pada struktur monaque. Sistem ini selalunya digunakan pada tayar bahagian belakang pada kenderaan yang berpacuan roda depan.

 

Kelebihan :

- Kos pembuatan dan penjagaan sangat rendah

- Posisi tayar tidak berubah apabila 

 

Kekurangan :

Mengalami body-roll yang tinggi berbanding sistem MacPherson dan Double Wishbone]

 

 

 

 

Tags: FAQ

PILLOWBALL VS RUBBER TOP MOUNT

  PILLOWBALL TOP MOUNT Pillow ball mounts are solid metal mounts that are used in areas...

Read more

SUSPENSION LINK

  5-link live axle suspension In automotive suspension, a suspension link, control...

Read more

FAQ

PERBEZAAN SISTEM SUSPENSI & KEBAIKAN/KEKURANGANNYA

Sistem suspensi memainkan peranan yang besar dalam sesebuah kenderaan kerana ia berfungsi supaya...

Read more